hardcore lover

this is my diary.the truly story from my heart.i love what i do.this is what i need to expose my feeling and my tear.

Thursday, November 6, 2008

tasik yg hilang??????

mistery yg hilang
sebuah tasik de Bernando O'Higgins park,Patagonia,Chile seluas 5 ekar(lbh kurang saiz 10 padang bola) itu ditemui kering pada penghujung mei 2007 olek sekumpulan renjer yang bertugas mengawal kawasan tersebut.mereka hanya menemui beberapa kesan air serta serpihan glasier yang pernah terapung di tasik tersebut.menurut pihak Chile's National Forest Service(CONAF),mereka selalunya mengadakan rondaan sebulan sekali di kawasan tersebut.kali terakhir rondaan di buat pada bulan Mac dan terlepas sesi rondaan bulan april kerana terlibat dalam satu upacara.menurut CONAF,kawasan itu dipenuhi air ketika rondaan Mac lalu


siasatan
tiada siapa yg tahu bagaimana tasik yang luas itu boleh kering.faktor geografi negara Chile yang mempunyai barisan gunung-ganang menyebabkan kawasan seperti Patagonia jarang dilawati manusia.kekeringan tasik itu juga menyebabkan paras sungai berdekatan yang mendapatkn sumber air dari tasik tersebut mula turun.menurut Juan Jose Romero,ketua CONAF,siasatan mengambil masa yang agak lama kerana kawasan berbukit menyukarkan perjalanan membawa saintis.masa yang digunakn untuk sampai dari Santiago(ibu negara Chile) ke situ menjangkau dua hingga tiga minggu


teori
saintis Chile pening kepala dengan fenomena yang berlaku.mereka tidak mempunyai penjelasan yang kukuh tentang kekeringan air tersebut.terdapat beberapa teori yang dikemukan.pertama ialah gempa bumi yang melanda Chile ketika itu membuatkan bumi merekah dan menyedut air ke dalamnya.bagaimanapun,teori ini belum dapat dibuktikan kesahihannya disebabkan chile jarang dilanda gempa bumi sejak beratus tahun lalu tetapi baru sekarang muncul kes kekeringan air tersebut.tambahan pula,seorang pakar glasier,Andres Rivera menyatakan kekeringan tasik tersebut mungkin disebabkan perubahan muka bentuk bumi yang ada kaitan dengan teori diatas,namun Romero menafikan terdapatnya gempa bumi di kawasan berdekatan tasik tersebut.teori lain melibatkn global warming yang sedang melanda planet bumi ini.namum ianya masih belum dapat dipastikan macam mana tasik seluas itu boleh kering sepenuhnya dalam masa terlalu singkat.


ke mana perginya???
namum,di sebalik teori tersebut,tiada siapa yang dapat memberi penjelasan secara sahih macam mana sejumlah besar air boleh kering begitu sahaja.tambahan pula keluasan tasik itu menimbulkn tanda tanya yang berterusan.mungkinkah ini juga petanda kuasa alam menarik satu persatu keistimewaannya daripada manusia???

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home